Bleach merupakan sebuah siri manga jepun, ditulis dan dilukis oleh Tite Kubo, yang telah muncul dalam Majalah Weekly Shonen Jump sejak bulan Ogos 2001.Keesokan harinya, Rukia muncul semula sebagai rakan sekelas Ichigo. Hairannya, Rukia kelihatan seperti manusia biasa. Dia membuat andaian bahawa kekuatan semangat Ichigo yang luar biasa menyebabkannya menyerap kesemua kuasa shinigami Rukia lalu mengakibatkan Rukia terdampar di dunia manusia. Rukia kini menggunakan gigai - badan manusia tiruan - sementara menunggu kuasanya pulih. Ichigo pula terpaksa mengambil alih tugasnya sebagai shinigami (menentang hollow dan memimpin roh sesat ke alam barzakh).
Watak-watak utama:
Kurosaki Ichigo

Pengganti Shinigami. Watak utama.
Kuchiki Rukia

Kehilangan kuasa setelah diberi kepada Ichigo, tinggal di bandar karakura untuk membimbing Ichigo.
Ishida Uryu

Rakan sekelas Ichigo. Quincy, (pemusnah Hollow) yang tidak sukakan Shinigami
Inoue Orihime

Rakan sekelas Ichigo. Walaupun tidak mempunyai apa-apa kuasa, namun kemahirannya diaktifkan mengikut perkembangan cerita. Mempunyai kuasa pemulihan.
Chad

Separuh Jepun separuh Mexico. Seperti Orihime, kuasanya diaktifkan setelah diserang oleh hollow. Mempunyai kuasa pemusnah di tangan kanannya.


Play
0 comments:
Post a Comment